Friday 27 May 2011

beRPuRDaH biaR berNiLai soLeHAH...

Ramai wanita yang mengimpikan diri dinobat wanita solehah, tapi malang dalam ia mencari solehah ia tersilap langkah.Sedang ia berusaha memperbaiki diri sendiri, tanpa disedari ia sedang melumurkan najis pada hati sendiri.Kadang-kala hati bergelora inginkan perubahan, namun malangnya kerana kaki yang masih belum mahir berenang, akhirnya lemas di lautan dalam.Sebenarnya kenapakah anda berpurdah?cuba teliti, mungkin ada salah satu jawapan dibawah :
 
Mungkin kalian ingin menunjukkan pada orang lain bahawa kalian adalah solehah
Mungkin kalian ingin menawan hati lelaki yang beriman
Mungkin ingin dianggap sebagai seorang seorang gadis cantik, kerana kebiasaannya wanita berpurdah di kaitkan dengan seorang yang berwajah cantik
Mungkin ingin lebih menonjol berbanding kawan-kawan  yang tidak berpurdah
Atau mungkin juga hanya kerana takut dirogol
 
Andaikata salah satu jawapan diatas adalah selari dengan apa yang tersemai di hati kalian, tahniah! kerana nafsu kalian telah berjaya menumpaskan iman.
 
 
 
Solehah Bukan Di Mata
 
Lelaki bukan memandang solehah seorang wanita pada purdah yang dipakai, atau labuhnya jubah yang digandal.Namun solehah itu terletak pada hati.Ramai dikalangan wanita yang memakai purdah, tetapi apabila berbicara dengan lelaki, MasyaAllah! jauh sekali dengan penampilan, hanya indah khabar dari rupa, hidup hanya untuk sedap di pandang mata.Sahabat, bukan begitu caranya mejadi wanita solehah.
 
Tak kurang juga yang memakai sarung lengan, sepatutnya bila kalian memakainya, cubalah kalian sembunyikan menggunakan lengan baju dengan semampunya.Inikan tidak, lengan baju yang elok kalian sinsingkannya(lipatkan untuk menampakkan sarung lengan).Untuk apa?untuk menunjuk-nunjuk?.Kalau begitu sama sahaja kalian dengan Mami Jarum yang suka menunjukkan perhiasannya.Dan kalian akan bersama-sama golongan seperti mereka menghirup azab api neraka.
 
Bukanlah bermakna saya menafikan kebaikan berpurdah atau tidak menyukainya, namun peringatan agar dalam melakukan sesuatu keharusan kita tidak menambahkan lagi dosa.Biarlah sucinya hati itu sesuci pakaian yang ada di tubuhnya, walaupun kita mengerti bahawa begitu sukar untuk mendapatkannya, tapi kita mesti teruskan usaha.Sesungguhnya Allah senantiasa bersama sangkaan hambanya.
 
 
 
Ikhlas Menutup Pintu Fitnah, 
 
Pemakaian purdah sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu fitnah, bukan menambahkan lagi kuantiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah.Sekalipun kalian berpurdah, belum tentu kalian memakainya semata-mata kerana Allah,renungkanlah apakah sikap dan sifat  di bawah adalah kelakuan kalian :
 
Suka mengupload gambar berpurdah/berpenampilan solehah di Facebook
Menampakah wajah tanpa purdah kepada lelaki bukan mahram yang dicintai melalui Yahoo Mesengger atau sebagainya
Memakai purdah hanya di tempat-tempat tertentu
Memberikan gambar yang berpenampilan solehah kepada lelaki muhrim
 
Andaikata salah satu atau lebih daripada ciri-ciri yang saya berikan adalah wujud dalam diri kalian, maka muhasabahlah dan bertaubatlah kepada Allah memohon keampunan.Sesungguhnya mereka yang berpurdah itu hakikatnya mereka ingin menutup pintu fitnah pada diri mereka, tidak ingin dilihat oleh lelaki sekalipun wajah itu adalah ruangan halal untuk di zahirkan.Apatah lagi untuk dikongsi-kongsikan.Saya sebagai lelaki tahu untuk memikirkan, kenapakah kalian tidak pernah terfikir di benak fikiran?
 
 
 
Maksiat Di Sebalik Tudung
 
Fenomena yang tidak asing lagi mewarnai wanita bertudung, ada sebahagian wanita yang mengambil kesempatan bertudung untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk bila bersama-sama dengan lelaki, sehingga tudung itulah yang dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya, membenarkan teman lelaki memuaskan nafsu serakahnya, bahkan ada yang jadikan tudung sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui bahawa ia sedang hamilkan anak luar nikah.Kalau pakai tudung, orang takkan nampak ada dua tangan jantan yang sedang memegang "tombol" api neraka di badannya.Wanita inilah yang menodai kesucian mereka yang benar-benar memakainya kerana mematuhi syariat Allah.Demikianlah wanita yang bergelar calon ahli neraka yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti.Ambillah nasihat yang baik daripada bicaraku ini.
 
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri” (Al-Baqarah [2]: ayat 222)
 

Wednesday 25 May 2011

slh FaHAM menGEnai TuTuP auRat...

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat salah sama. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

Monday 23 May 2011

sToRY aBouT LoVe 2 ~

"Aliyah, Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi..." Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah,
Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," Masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda. "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,  boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletuslah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg!" Terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," Masih lembut dia memujuk Qis. "Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin, Suami tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, diamemang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,
cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiyakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding denganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg.

Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Disitu berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah, isterinya!!! !!
 
 

sToRY aBOUT LoVe ~

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya
menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak
dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan
akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya
merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati.Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?" Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... 'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut." "Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang." "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di
tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah." "Siti selalu sengal- sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu." "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami." "Siti selalu menatap komputer, membaca
buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu." "Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri
pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu." "Tetapi sayangku, Abang tidak akan
mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir
menangisi kematian Abang." "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya
tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. "Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang
yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.
 
 

"Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini"
Kadang-kadang sikap kita yg terlalu inginkan yg sempurna pd mata kita menjadikan kita hilang segalanya.

Thursday 19 May 2011

29 Mei 2011


uNDaNGaN ke MJLis PeRkaHWiNaN kaMi 
(aFYQh n FZuL)

29 MEI 2011
kpG seMaRiaNG jaYA,jaLAN suLTAn teNGah


Assalamualaikum wbt...
seperti yg smua fahami erti n mksd kahwin adalah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.
   
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai “



seTiaP maKHLuk ALLAH jadiKan BeRPaSaNG-PaSaNGaN...
 
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

peRTeMuaN kaMi adaLah dGN keTenTUan MU...
peRKeNaLaN kaMi adaLaH dGn izin MU...
taUTan HaTi kaMi adaLAH keRaNA MU...
haLaL kaMi aDaLaH uTk deKaT dGn MU...



Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari
jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan
belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

Ya ALLAH,
kuRNiaKaN laH raHMat aGaR kaMi keKaL hiNGGa ke SyuRGa MU...
kuRNiaKaN laH aMaN daMAi YaNG beRKeKaLan di aLaM rUMaH taNGGa kaMi..
keSiHaTaN daLaM menGeRJakaN iBaDAh uTk MU...
diMURaH kaN reZeKi
daN diLaNJuTkan uSia dGN meNDaPat zuRiaT YG sOLEh daN sOLEHAh...
seRTa meNDaPaT sYaFaaT daRiPaDa juNJuNGaN beSaR Nabi Muhammad SAW...




“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,
bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanjimenegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, 
limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. 
Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan
tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~


Sunday 15 May 2011

.......piLiHaN haTiQue......

Jika aku memilihmu kerena hartamu, maka harta itu akan habis seiring berjalannya waktu, jika aku memilihmu kerana paras rupa dan kekuatanmu, ia akan memudar seiring usia tua yang menjengah hidupmu perlahan-lahan, jika aku memilihmu kerana keturunan yang dibangga-bangga, maka hinalah aku, dan jika aku memilihmu kerana iman dan agamamu, maka akulah hamba yang tidak akan pernah berhenti menguntai zikir-zikir syukur pada yg Maha Esa..

saBaRLaH ~

"Sabar mesti ada dalam semua ini, sabar mesti ada dalam ketaatan, 
dlm menahan diri dari kemaksiatan, 
dlm memerangi org2 yang menentang Allah, 
dlm menghadapi muslihat dengan beragam coraknya, 
dlm menanti lamanya pertolongan, dlm menanggung lamanya keletihan, 
dlm mengenyahkan kebatilan, 
dlm sedikitnya penolong, 
dlm panjangnya jalan berduri,
dlm menghadapi kebengkokan jiwa, 
kesesatan hati, kepayahan penentangan, dan terobeknya kehormatan." 

-sayyid quthb

Saturday 7 May 2011

moTHeR's DaY..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.




Timbul persoalan, bolehkah menggembirakan ibubapa dengan meraikan Mother’s Day dan Father’s Day? Sebahagian tokoh melarang sambutan Mother’s Day dan Father’s Day. Hujah mereka adalah:

1. Hari perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Apa-apa perayaan yang lain adalah bid’ah yang dilarang oleh agama.
2. Seandainya Mother’s Day dan Father’s Day adalah baik, sudah tentu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan menganjurkannya kepada para sahabat radhiallahu 'anhum pada zaman baginda.
3. Mother’s Day dan Father’s Day adalah perayaan orang bukan Islam dan kita umat Islam dilarang daripada mengikuti mereka.
4. Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun.

Sekalipun tokoh-tokoh yang melarang adalah mereka yang dihormati, itu tidaklah bermakna hujah-hujah mereka tidak boleh dibuka untuk analisa. Dalam menganalisa hujah-hujah mereka berkenaan sambutan Mother’s Day dan Father’s Day, saya dapati ianya adalah lemah. Sebabnya:

1. Perayaan bid‘ah yang dilarang adalah perayaan yang bersangkutan dengan agama. Aidul Fitri dan Aidul Adha adalah hari perayaan keagamaan, kerana itulah pada hari tersebut kita dituntut untuk bertakbir dan melaksanakan solat sunat. Adapun hari Mother’s Day dan Father’s Day, maka ia adalah perayaan yang bersangkutan dengan adat manusia, sepertimana perayaan Hari Guru, Hari Warga Tua dan sebagainya. Tidaklah termasuk dalam perbincangan bid‘ah atau sunnah apa yang bersangkutan dengan adat manusia.
Perlu diingatkan bahawa dalam berinteraksi dengan persoalan bid‘ah, manusia terbahagi kepada tiga kumpulan:
* Pertama adalah mereka yang amat ketat penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah yang dilarang oleh Islam. Padahal sebahagian besar daripada perkara tersebut adalah sesuatu yang harus hukumnya.
* Kedua adalah mereka yang bermudah-mudahan penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah hasanah. Padahal di antara perkara tersebut ada yang benar-benar merupakan bid‘ah yang dilarang oleh Islam.
* Ketiga adalah mereka yang berada di pertengahan, tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bermudah-mudahan. Setiap perkara yang baru tidak akan dilabel sebagai bid‘ah mahupun sunnah melainkan terlebih dahulu dianalisa secara mendalam.

2. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menganjurkan Mother’s Day dan Father’s Day pada zaman baginda kerana suasana yang memerlukannya tidak wujud. Di kalangan sahabat, ada yang ibubapa mereka memusuhi Islam. Maka sememangnya tidak perlu berbuat baik kepada mereka. Bagi sebahagian sahabat yang lain, mereka tinggal bersama atau berhampiran ibubapa sehingga tidak memerlukan hari yang istimewa untuk berbuat baik kepada ibubapa.
Berbeza dengan masa kini, kebanyakan kita (anak-anak) berada jauh daripada ibubapa, sama ada kerana pembelajaran atau kerjaya. Suasana ini menyebabkan kita perlu mencari ruang untuk berbuat baik kepada ibubapa semampu boleh sambil meneruskan kehidupan sendiri. Meraikan ibubapa pada Mother’s Day dan Father’s Day adalah salah satu daripada ruang tersebut.

3. Tidaklah semua yang berasal daripada kaum bukan Islam adalah dilarang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah meminta para tawanan Perang Badar untuk mengajar umat Islam membaca dan menulis. Baginda juga pernah beberapa kali menggunakan strategi peperangan bangsa lain dalam ekspedisi jihadnya.
Justeru larangan mengikuti kaum bukan Islam sebenarnya ditujukan kepada sesuatu yang merupakan ciri-ciri keagamaan mereka yang masih dipraktikkan. Merujuk kepada hari perayaan, kita umat Islam dilarang untuk turut serta merayakan atau meniru hari keagamaan mereka, seperti Hari Easter, Hari Thaipusam, Hari Wesak dan sebagainya. Mother’s Day dan Father’s Day bukanlah hari keagamaan kaum bukan Islam.
4. Hujah “Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun” adalah bukti bahawa yang berhujah tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Bahkan ia boleh digunakan untuk bertanya kembali kepada mereka: “Jika begitu kenapakah anda saat ini tidak berada dan sentiasa berada di sisi ibubapa anda?”

Berbuat baik kepada ibubapa tidaklah bererti duduk di sebelah mereka sepanjang masa. Akan tetapi ia adalah mengimbangi dengan adil antara berbuat baik kepada mereka dan meneruskan kehidupan sendiri. Salah satu daripada perimbangan tersebut ialah meraikan ibubapa pada hari Mother’s Day dan Father’s Day. Sudah tentu adalah lebih baik jika anak-anak dapat mewujudkan ruang yang lebih kerap untuk berbuat baik kepada ibubapa mereka. Ini akan saya jelaskan seterusnya dalam buku ini, insya-Allah.
Oleh itu meraikan Mother’s Day dan Father’s Day adalah harus, terbuka kepada kedudukan setiap anak-anak. Sesiapa yang mendapati ianya dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah. Namun sesiapa yang dapat mewujudkan ruang lain untuk menggembirakan ibubapa mereka tanpa terhad kepada Mother’s Day dan Father’s Day, sudah tentu ia adalah lebih baik. Penjelasan yang sama juga ditujukan kepada beberapa hari-hari yang lain seperti sambutan Hari Jadi.

Wednesday 4 May 2011

maKNa dOa seMasa duDuk anTaRa 2 suJuD

Dalam tidak sedar..

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak..

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya..
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima..
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (sihatkan aku)

Wa’fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya biarkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.